Perkhidmatan dan Pakej Rawatan yang kami sediakan.

RAWATAN HOMEOPATHY

Homeopati ialah sistem penyembuhan yang lembut dan holistik, sesuai untuk semua orang, bayi, muda dan orang tua. Homeopati memberi tumpuan kepada individu yang mempunyai ciri fizikal dan tingkah laku yang istimewa bertindak, menumpukan perhatian kepada merawat gejala fizikal dan emosi khusus anda, untuk memberi faedah berpanjangan dan penawar kekal tanpa sebarang kandungan kimia untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan kepada fizikal tubuh manusia.
 

Apakah Perubatan Homeopathy (Homeopati)
Homeopathy (Homeopati) berasal dari german dan diasakan oleh Prof. Dr. Samuel Hahneman pada tahun 1810. sistem perubatan ini amat popular di eropah hingga ke hari ini. England , Italy dan France umpamanya mempunyai hospital Homeopathy (Homeopati) yang tersohor di eropah. Di England baginda Queen sendiri secara tradisinya menjadi penaung kepada Royal London Homeopathic Hospital. Di Malaysia kini sistem perubatan Homeopthy (Homeopati) ini dipopularkan oleh Prof Dr Nik Omar melalui FakultiPerubatan Homeopathy Malaysia dan Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia. Prof Dr Nik Omar merupakan pengasas dan president MRHP & FAHOM Malaysia. Beliau juga memegang jawatan sebagai pakar perubatan Homoepathy (Homeopati), Vice President Liga Homeopathy Asia Dan Vice President Liga Homeopathy Antarabangsa yang berpusat di Geneva, Switzerland. 

Kelebihan Homeopathy (Homeopati)
Dapat membantu merawat kes-kes kronik, seperti Migrain, sakit pinggang, cancer, Fibroid, Haid tak teratur, kemandulan, resdung, gastric, sakit urat saraf, kencing manis, darah tinggi, batuk kronik, asma dikalangan kanak-kanak, kurang selera makan, untuk merawat cergas minda, stroke Dll. Rawatan homeopathy (Homeopati) bagus juga untuk kanak-kanak dan wanita serta sakit org-org tua.

  • Homeopathy berasaskan kesembuhan secara natural
  • Sangat berkesan dan selamat digunakan
  • Tiada kesan sampingan
  • Tiada overdose
  • Terbukti secara saintifik 

Rawatan Akupuntur

Akupuntur

Akupuntur adalah terapi dikenali ramai dalam perubatan tradisional dan komplementari. Akupuntur adalah satu kaedah rawatan yang bermula lebih daripada 3000 tahun yang lalu di China dan diamalkan kebanyakan tempat di dunia. Prinsip utama dalam perubatan tradisional Cina adalah bahawa kesihatan dan penyakit terjadi akibat dari ketidakseimbangan YIN dan YANG. Yin merujuk kepada aspek feminin hidupan (sejuk, lembut dan lain-lain). Manakala Yang aspek kelakian, (keras, dominan, bertenaga, panas dan lain-lain). Pergeraka tenaga ini dinamakan Qi (chi) dalam saluran tenaga yang dikenali sebagai mandian yang bergerak dalam pola yang tetap di dalam badan dan juga di permukaannya.

Apakah Istimewa Rawatan Akupunktur?

Merawat penyakit dengan aman, tidak menyakitkan dan mesra pelanggang(Human Firnedly). Rawatan akupunktur (Acupuncture) Akupuntur sepertimana yang diluluskan oleh WHO amat bagus untuk merawat:- Sebarang kesakitan urat saraf, migrain,stroke, Bell Palsy, lumpuh, Kesan kemalangan, sakitpinggang atau lumbago, slip disc, sakit lutut dikalangan orang tua, gastric, sakit bulanan, merawat sebarang ketumbuhan, kebas-kebas kaki atau tangan Dll.

Peralatan Yang digunakan untuk rawatan akupuntur di semua pusat rawatan kami berdaftar dengan Medical Device Authority Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia

Rawatan Bekam Sunnah

Apakah Bekam (Cupping) Al-Hijamah

Bekam (Cupping) Al-Hijamah merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW. Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan. Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai ‘Al-Hijamah’ bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

Kaedah rawatan ini dikembangkan oleh Kolej Perubatan Akupunktur Nik Omar di Kelantan yang mengajurkan ‘Kursus-Kursus Bekam’ dari masa ke semasa sepanjang tahun.

Kebaikan Kaedah Bekam (Cupping) Al-Hijamah

Perawatan dengan kaedah Bekam (Cupping) Al-Hijamah ini memberi banyak faedah kebaikan kepada manusia sejagat, antaranya ialah:

1. Sihat tubuh badan.
2. Menghilangkan keletihan dan penat badan.
3. Mengimbangi daya tahan badan.
4. Buang angin dalam kepala khusunya sakit kepala.
5. Buang darah – buang toksik darah.
6. Sakit urat.
7. lemah-lemah otot dan lain-lain lagi.

Peralatan kami dijamin bersih, suci dan selamat untuk digunakan.